3 Tools Skodeng Youtube Channel Orang Lain



Skodeng Youtube Channel Orang Lain. Skodeng tidak semestinya sesuatu yang buruk. Terutamanya jika skodeng untuk membuat penambahbaikan untuk diri sendiri. Dan jangan pula aplikasikan konsep skodeng ni pada perbuatan maksiat.

Tujuan utama 'skodeng' Youtube Channel orang lain adalah untuk belajar sesuatu daripada Youtube Channel tersebut yang boleh diaplikasi dalam Youtube Channel anda. 

Apa maklumat yang boleh diperolehi daripada Youtube Channel orang lain?


Apa yang perlu anda perhatikan semasa melihat Youtube Channel orang lain adalah:
  1. Apa kekuatan Youtube Channel tersebut?
  2. Bagaimana cara penyampaian video?
  3. Kenapa anda klik video tersebut? Sebab tajuk? Thumbnail?
  4. Bagaimana penulisan deskripsi video?
  5. Apa tag yang digunakan pada video?
  6. Berapa ramai subscriber Youtube Channel tersebut?
  7. Berapa purata views untuk setiap video?
Daripada maklumat-maklumat tersebut, anda ambil dan cuba aplikasikan pada Youtube Channel anda sendiri. Cuba buat dengan konsisten dan lihat sama ada terdapat perubahan pada perkembangan Youtueb Channel anda. Perubahan ini biasanya turut memerlukan masa dan mungkin setelah beberapa puluh video mengaplikasikan apa yang anda belajar barulah ianya mendatangkan hasil. 

Ok.

Apa tools yang anda boleh gunakan untuk skodeng Youtube Channel orang lain?



Anda boleh gunakan laman web social blade untuk melihat statistik perkembangan sesebuah Youtube Channel. Tulis nama Youtube Channel yang anda nak skodeng, kemudian anda boleh lihat pada graf perkembangan subscriber dan view untuk Youtube Channel tersebut. Anda juga boleh lihat anggaran pendapatan Youtube Channel tersebut. 


Sebagai contoh graf di atas, anda boleh lihat perkembangan pada Youtube Channel line biru menaik dengan baik berbanding line merah. Buka pada Youtube Channel (line biru) dan lihat apa video yang diterbitkan pada waktu tersebut. Lihat video tersebut dan fikikan 7 soalan yang saya nyatakan sebelum ini.


TubeBuddy adalah web browser extension yang boleh anda pasang pada Chrome. Anda boleh daftar secara percuma atau berbayar. Jika anda gunakan yang berbayar, lebih banyak fungsi TubeBuddy yang boleh anda gunakan.

Antara fungsi menarik yang ada pada TubeBuddy adalah:
  1. Cadangan tag
  2. Pemantauan keyword untuk video
  3. Ceklist sebelum upload video
  4. Thumbnail generator
  5. Backup 
  6. Statistic 
dan banyak lagi..

Fungsi yang saya paling suka adalah fungsi 1, 2 dan 3. And tidak perlu bersusah payah nak fikir apa tag yang perlu digunakan kerana TubeBuddy akan senaraikan semua tag yang berkaitan dan anda hanya perlu pilih yang mana anda nak.

3. VidIQ : https://vidiq.com/

VidIQ juga adalah satu lagi web browser extension. Fungsi VidIQ 90% adalah sama seperti TubeBuddy, tetapi terdapat beberapa kelebihan yang boleh digunakan pada VidIQ. Salah satu kelebihannya adalah anda boleh upload video pada Youtube dan Facebook page secara automatik. 

VidIQ juga boleh digunakan secara percuma atau berbayar. Harga VIdIQ lebih mahal jika dibandingkan dengan TubeBuddy.

Saya cadangkan anda untuk gunakan sekurang-kurangnya TubeBuddy (sebab lebih murah) untuk membangunkan Youtube Channel anda dengan lebih baik dan pantas.

Post a Comment

0 Comments