Syarat Buat Duit Di Youtube Dan Tips Untuk Mencapainya.



Syarat Buat Duit Di Youtube Dengan Google Adsense. Ramai yang nak menjadi Youtuber untuk menjana pendapatan tambahan. Sebelum ini, syarat untuk meletakkan iklan Google Adsense pada video di Youtube adalah 10000 views sahaja. Tetapi atas sebab-sebab tertentu pihak Youtube telah mengetatkan syarat untuk meletakkan iklan pada video.

Bermula Februari 2018, Youtube telah meningkatkan syarat untuk buat duit dengan Youtube menggunakan Google Adsense. Syarat terbaru menyatakan, hanya Youtube Channel yang mempunyai 1000 subscribers dan 4000jam tontonan dalam 12 bulan kebelakang akan dipertimbangkan untuk pengiklanan menggunakan Google Adsense.

Pengumuman syarat baru Youtube Channel tu ada saya kongsikan dalam video di bawah:


Susah ke nak capai syarat ini?


Jika anda baru sahaja mula buat Youtube Channel, secara jujurnya saya rasa untuk capai 1000 subscriber dan 4000jam tontonan adalah sesuatu yang mencabar.

Tetapi saya ada beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk membantu anda supaya dapat mencapai syarat yang diperlukan dengan lebih cepat:


  1. Buat video yang orang nak tengok. Ini bermaksud anda perlu buat sedikit kajian tentang apa yang sedang trending dan buat video berkaitan dengan topik tersebut.
  2. Pastikan anda gunakan TubeBuddy atau VidIQ untuk lihat tag yang sesuai untuk video tersebut. Tag boleh membantu anda untuk rankingkan video anda dengan lebih baik
  3. Pastikan tulis deskripsi video dan gunakan perkataan-perkataan yang anda gunakan dalam tag untuk merangka ayat pada deskripsi video anda. JANGAN sesekali tinggalkan bahagian deskripsi video kosong.
  4. Pastikan setiap video ada Call-to-action dalam text / grafik / audio minta penonton untuk subscribe Youtube Channel anda.
  5. Promosikan video dan Youtube Channel anda kepada rakan-rakan dan media social. Jika kualiti video (terutamanya dari segi kandungan video) anda baik, anda sepatutnya tidak perlu malu untuk promosikan video anda.
Itu adalah antara tips yang boleh anda praktikkan untuk mencapai 1000 subs dan 4000jam tontonan. Ya, pada permulaan mungkin agak sukar, tetapi sekiranya anda serius untuk buat duit dengan Youtube dan memberi manfaat kepada orang lain, anda perlu ambil syarat ini sebagai salah satu sebab untuk anda berusaha dengan lebih gigih bukannya mengalah awal.

Apapun, saya ucapkan selamat menjadi Youtuber. Aggaplah syarat ini sebagai hujan yang mana pasti akan ada sinar dan mungkin juga pelangi setelah hujan! 😉

Post a Comment

0 Comments