Berapa Pendapatan Youtuber di Malaysia?



Berapa Pendapatan Youtuber di Malaysia. Sebelum menjawab soalan ini, ingin saya katakan adalah ini hanyalah bergantung kepada pengalaman saya sendiri sebagai Youtuber, dan setiap Youtuber sememangnya mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.

Secara umumnya pendapatan semua Youtuber di Malaysia malah di dunia ini tidak tetap setiap bulan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pendapatan seseorang Youtuber seperti berapa banyak tontonan dan topik video yang dibuat. Untuk pengetahuan anda juga, jumlah subscriber tidak mempunyai kaitan secara terus dengan berapa banyak pendapatan Youtuber.

Oh ya, pendapatan Youtuber yang saya maksudkan dalam artikel ini adalah pendapatan daripada pengiklanan menggunakan Google Adsense sahaja.

Bagaimana subcribers membantu dalam menjana pendapatan?


Sebagaimana saya katakan sebelum ini, subscribers tidak mempengaruhi pendapatan Youtuber secara terus. Subscriber akan mempengaruhi Views sesebuah video dan viewslah yang akan mempengaruhi pendapatan Youtuber. Sebagai contoh gambar di bawah ini:


Jika anda lihat subscriber saya ketika ini adalah 21159 manakala satu lagi Youtube Channel (orang lain) dengan subscriber 35969. Jika anda lihat pada bahagian 'Estimated Potential Earning', anda boleh lihat bahawa anggaran pendapatan Youtube Channel saya lebih tinggi daripada Youtube Channel yang mempunyai subscriber yang lebih tinggi dari saya. Ini membuktikan bahawa subscriber tidak mempengaruhi pendapatan Youtuber secara terus.

Nilai pendapatan yang dianggarkan dalam gambar di atas sebenarnya tidak tepat tetap boleh digunakan sebagai rujukan kasar.

Bagaimana kategori video mempengaruhi pendapatan Youtuber?


Sekiranya Youtube channel anda mempunyai video-video dari kategori yang sama, iklan yang terpapar pada video anda adalah iklan yang berkaitan dengan video anda. Ini akan meningkatkan kebarangkalian iklan tersebut dilihat dan malah mungkin juga iklan tersebut akan diklik.

Berbanding dengan video yang randaom, iklan yang terpapar juga adalah random. Apabila iklan random, orang pun biasanya akan tekan butang 'skip' kerana iklan tersebut tidak berkaitan dengan apa yang mereka nak tonton.

Perlu diketahui juga walaupun anda mengaktifkan fungsi monetization pada Youtube anda, bukan setiap kali video anda dimainkan akan ada iklan.

Berapa Pendapatan Youtuber di Malaysia?


Di Malaysia, CPC untuk iklan kebanyakkannya masih rendah jika dibandingkan dengan luar negara. Jika anda buat video yang memfokuskan penonton tempatan (video dalam bahasa Melayu), pendapatan yang anda akan dapat akan sedikit kecil berbanding jika video yang memfokuskan pada penonton global (video dalam bahasa Inggeris).

Saya tidak tahu berapa pendapatan Youtuber di Malaysia yang lain, tetapi untuk Youtube Channel utama saya di TheHaikal, angaran pendapatan Youtube Channel saya setiap bulan adalah diantara USD300-400 bergantung kepada musim dan views.

Anda boleh gunakan SocialBlade untuk mengetahui anggaran pendapatan Youtube channel orang lain.


Post a Comment

0 Comments