Berapa Kerap Perlu Upload Video?


Berapa Kerap Perlu Upload Video di Youtube Channel? Soalan ini juga kerap ditanyakan. Tetapi secara umumnya, tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini. Ini kerana ianya bergantung kepada Youtuber itu sendiri. Selain daripada kekerapan mengupload video, kualiti kandungan video juga perlu diambil kira.

Dicadangkan untuk upload video ke Youtube sekurang-kurangnya 1 video seminggu dan lebih baik jika video diupload pada hari yang sama setiap minggu. Ini bertujuan untuk memastikan Youtube Channel anda sentiasa aktif dan subscriber sedia ada tahu bila video terkini anda akan diterbitkan.

Selain itu, lebih kerap anda upload video, lebih banyak pintu masuk ke Youtube Channel anda dan lebih tinggi kebarangkalian anda untuk mencapai syarat baru Youtube untuk monetized Youtube Channel anda.

Salah satu petua untuk membantu anda kerap upload video adalah dengan memilih topik Youtube Channel yang anda minati. Ini kerana jika topik tersebut anda minati, kebarangkalian besar anda lebih bersemangat untuk buat video dan juga upload video di Youtube Channel anda.

Post a Comment

0 Comments