Tentang Blog Ini

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana datang ke blog ini dan saya percaya tujuan utama anda datang ke blog ini adalah untuk belajar cara buat duit dengan Youtube. Dalam blog ini ada 2 bentuk pembelajaran iaitu daripada artikel dan juga video.

Jika anda selesa dengan pembelajaran menggunakan video anda boleh tonton pada link video: https://projekthehaikal.blogspot.com/p/video-panduan.html

Ok.

Sebelum itu siapa saya?

Nama saya Mohd Zahran dan nama pena saya TheHaikal. Anda boleh lihat Youtube Channel saya di : http://www.youtube.com/thehaikal35. Tujuan utama saya buat blog ini adalah kerana saya nak mengumpulkan soalan-soalan yang kerap ditanyakan pada saya berkenaan cara buat duit menggunakan Youtube. Untuk tidak memenatkan saya menjawab soalan yang sama, saya berikan dalam bentuk blog yang anda boleh baca dan saya harap anda faham.

Apa yang saya kongsikan dalam blog ini adalah semata-mata berdasarkan pengalaman saya menjadi seorang Youtuber. Saya percaya setiap Youtuber mempunyai pengalaman yang berbeza untuk membangunkan Youtube channel tetapi asas dan konsepnya tetap sama.

Semoga perkongsian saya dalam blog ini bermanfaat untuk yang baru nak mula belajar buat duit dengen Youtube.

Post a Comment

0 Comments