Projek Youtube TheHaikal


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum saya bercerita panjang, baik saya memperkenalkan diri dahulu.

Nama pena saya TheHaikal. Nama sebenar saya adalah Mohd Zahran. Saya sudah berkecimpung secara serius dalam dunia online ni sudah lebih kurang 3 tahun. Dan setakat ini saya mempunyai beberapa buat blog yang saya kendalikan sendiri dan juga dan juga Youtube Channel saya sendiri di:
https://www.youtube.com/user/TheHaikal35

Sejak saya belajar berkecimpung dalam dunia online ni, saya selalu dapat beberapa soalan yang sama. Contohnya macam mana nak buat duit dengan blog, Youtube dan sebagainya.

Sebolehnya saya cube menjawab soalan-soalan tersebut. Tetapi kadang-kadang penyampaian tu tak berapa jelas ataupun mungkin kurang difahami.

Saya juge sentiasa berfikir macam mana nak bantu kawan-kawan lain yang nak belajar buat duit online ni walaupun saya sendiri masih dalam proses pembelajaran kerana niat saya untuk membantu..

Setelah berfikir panjang, akhirnya saya dapat satu idea untuk buat projek bersama dengan orang yang berminat untuk belajar bersama saya. Saya bukan nak mengajar, sebab saya bukan sifu. Saya nak siapa yang sertai projek dengan saya ni untuk belajar bersama saya.

Untuk projek pertama ini, saya nak fokus pada Youtube dulu.

Kenapa Youtube?


Ada beberapa sebab kenapa saya pilih Youtube untuk buat projek ni.

  1. Boleh disertai secara percuma. Anda hanya perlukan telefon pintar (saya rasa semua orang ada) atau komputer untuk memulakkannya.
  2. Youtube adalah enjin carian maklumat ke 2 terbesar selepas Google. Malah jika anda buat carian, senarai video pun boleh tersenarai dalam carian Google.
  3. Pada saya lebih mudah berbanding menulis 500 patah perkataan dan kurang memakan masa.

Secara umumnya, buat duit dengan Youtube ni ada 3 cabang.

  1. Iklan. Pendapatan iklan bergantung kepada view dan juga iklan yang terpapar pada video yang kita masukkan dalam channel kita. Tetapi untuk buat duit dengan iklan ini perlukan sekurang-kurangnya 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan barulah anda boleh apply untuk buat duit dengan iklan di Youtube.
  2. Affiliate. Anda pernah tengok video berkenaan ulasan produk seperti telefon pintar, gajet dan lain-lain? Biasanya akan ada link untuk penonton beli produk tersebut di bahagian deskripsi video. Jika ada orang yang beli dari link tu, Youtuber akan dapat komisyen.
  3. Jual barang. Anda juga boleh promosikan barang yang anda jual di Youtube. Buat video review cara guna dan sebagainya dan letak dalam Youtube Channel. 

Apa cabaran yang anda akan hadapi?


Setelah berkecimpung dalam Youtube ni, saya dapati ada beberapa masalah yang selalu menyebabkan orang putus asa untuk belajar dan teruskan buat video di Youtube.
  1. Tak tahu nak buat video apa
  2. Tak tahu nak edit video
  3. Tak sabar dan nak result cepat
  4. Tak ada subsriber dan tiada penonton video 
  5. Tak buat kajian video yang nak dibuat

Secara jujurnya, tak mudah untuk buat duit dengan Youtube. Percayalah.

Dan sebab itu jugalah saya adakan projek bersama ni.

Apa Konsep Projek Youtube TheHaikal ni?


Konsep utama projek ini adalah bantu-membantu antara semua geng yang join projek ini. Adalah menjadi kewajipan untuk setiap orang subscribe Youtube channel orang lain. Target saya adalah untuk kumpulkan 1000 orang yang berminat untuk belajar tentang Youtube dalam satu komuniti dan komuniti tersebut perlu bantu antara satu sama lain untuk membangunkan Youtube Channel.

Apa yang saya perlukan dari anda untuk projek ni?


  1. Komitmen untuk belajar dan berusaha buat video secara berkala.
  2. Kesabaran yang tinggi kerana pada permulaan, mungkin tiada sebarang 'gaji' untuk anda.
  3. Kerjasama untuk subscribe dan promosikan video peserta lain.
  4. Tidak mementingkan diri sendiri.

Saya tak minta banyak pun, jika anda ada boleh ikuti syarat ni, anda boleh sertai team Projek Youtube TheHaikal.

Selain itu, untuk projek ini juga, saya sendiri akan mulakan satu Youtube Channel baru, ini bermakna semua ahli dalam projek ini akan bermula dari bawah dan sama-sama akan membangunkan Youtube Channel.

Harapan saya semoga semua orang dalam komuniti Projek Youtube TheHaikal berjaya buat duit dengan Youtube.😁



Post a Comment

0 Comments