Pemilihan Nama Youtube Channel


Secara umumnya, anda boleh letak apa sahaja nama untuk Youtube Channel anda. Ada 2 jenis nama Youtube Channel yang anda boleh pilih.

Branding

Contoh Youtube Channel dengan nama brand adalah MrKokom, Mat Lutfi, Amanz dan lain-lain Youtube Channel lagi. Masalah dengan nama seperti ini adalah anda perlukan masa untuk membina jenama bagi Youtube Channel anda sendiri. Ini kerana pada permulaan orang tak tahu video apa yang anda kongsikan. Dan juga anda perlukan video yang Viral untuk branding anda dikenali.

Tetapi untuk jangka masa panjang, nama Youtube Channel begini serta ditambah dengan konten video yang menarik, pasti akan pergi jauh.


Niche

Cara kedua untuk menamakan Youtube Channel anda adalah dengan memberikan namanya berkaitan dengan niche video-video anda. Contoh nama yang berkaitan dengan niche adalah KidsTV, AnimalTV, Funny Video dan lain-lain.

Kelebihan menggunakan nama Youtube Channel sebegini adalah orang lebih mudah ingat dan juga dengan nama itu sendiri orang dah boleh bayangkan video konten yang ada dalam Youtube Channel tersebut. Selain itu, nama Youtube Chanel mengikut niche ini akan dapat menarik penonton yang lebih spesifik dengan topik yang diketengahkan dalam Youtube Channel anda.

Ok?

Bagi yang baru nak memulakan Youtube Channel, anda digalakkan untuk memberikan nama Youtube Channel anda yang dapat melambangkan apa kategori video yang anda ketengahkan. Ini juga dapat membantu anda meningkatkan view bagi Youtube Channel anda secara tidak langsung.

Jika anda masih belum sertai Komuniti Youtuber, sertai di sini: Sertai Komuniti Youtuber

Post a Comment

0 Comments