Kepentingan Kajian Video di Youtube


Secara umumnya, anda boleh buat apa sahaja video dan upload ke dalam Youtube Channel. Kajian Video Youtube bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi untuk memudahkan video anda naik di paparan pertama carian, anda perlu buat sedikit kajian berkaitan video yang anda nak sediakan. Ada beberapa sebab kenapa anda perlu buat sedikit kajian.

Persaingan


Anda perlu tahu tahap persaingan untuk video yang anda nak buat. Dengan itu, anda boleh tahu sama ada video yang bakal anda buat boleh menandingi video sedia ada atau tidak. Jika tinggi persaingan, maka kebarangkalian untuk video anda tidak dijumpai adalah lebih tinggi. 

Persaingan juga menandakan terdapat demand untuk video tersebut. Cuma anda perlu pastikan antara demand dan persaingan adalah seimbang supaya video anda lebih mudah untuk mendapat ranking di muka pertama Youtube.

Penambahbaikan


Jika anda lihat di dalam Youtube itu sendiri, terdapat banyak video yang menceritakan topik yang hampir sama. Jika anda jumpa satu topik yang anda mahir dan anda boleh buat penambahbaikan untuk video sedia ada, anda boleh buat video yang lebih baik dan mungkin boleh mencabar video-video yang sedia ada.

Jumlah Carian


Setiap topik atau keyword anda boleh semak secara online berapa ramai yang cari topik tersebut. Jika ramai yang cari topik tersebut, tetapi masih tidak ramai yang buat video berkenaan topik tersebut, anda boleh sediakan video berkaitan topik tersebut. Jumlah carian juga akan menentukan berapa banyak view untuk video anda.

Katakan carian untuk satu topik / katakunci adalah 1000 sebulan, jika anda berjaya untuk ranking ke muka pertama carian video untuk topik tersebut, anda mungkin boleh dapat sekurang-kurangnya 50-60% daripada jumlah tersebut setiap bulan.

Anda boleh buat kajian video menggunakan VidIQ dan juga KWFinder. Kedua-dua software ini adalah sangat membantu semasa membuat kajian video. Anda juga boleh gunakan 3 tools untuk skodeng Youtube Channel orang lain untuk tiru apa yang mereka lakukan.

Anda boleh tonton cara guna VidIQ di dalam video di bawah:

Post a Comment

0 Comments